Skip to content Skip to footer

Pengkhianatan oleh Rafeeq, sahabat dalam kerjaya seni lukis yang dipercayai, telah mengubah kehidupan Hafsa. Kerjaya Hafsa disabotaj tanpa belas ihsan dan kesunyian yang mendadak menuntun Hafsa membuka peti kenangan tentang persahabatan lama dengan seseorang bernama Athif sewaktu remaja di sekolah. Athif, yang hadir tanpa isyarat dan syarat, mendukung cita-cita polos Hafsa ingin menjadi pelukis. Keakraban mereka semakin menebal kerana kisah hitam dan trauma masing-masing. Namun, kedukaan bermula apabila Athif berpemergian akibat kemalangan jalan raya. Bayang-bayang Athif yang berjejeran di jalan raya mengikuti Hafsa hingga ke alam dewasa, menjadi bekas dan pusaka ingatan yang terbenam dalam kerinduan Hafsa.

GenreFictionPublisherMust Read Sdn BhdPublication Date2 January 2025FormatPaperbackPage192ISBN9789670078489AuthorHasyaShare